Friday, 20 November 2015

ku tahan kesedihan ini

Rasa macam da lama sangat aq x bkak blog ni. Selama itu la  macam2 terjadi. 20 hari bulan 7 merupakan hari yang tidak dapat dilupakan oleh kami adik beradik. Ayah akhirnya menghembuskan nafas pada jam 11 pagi. Betapa perit kurasakan. Memang la benar setiap yang hidup akan kembali ke sisi allah. Tapi aq seperti masih berada di alam mimpi mengharapkan ayah masih ada. Tapi selama empat bulan ini aq cuba untuk redha. Siapa tak sayang ayah? Orang yang sentiasa memberikan motivasi terhadap diriku dikala aq kesedihan. Perasaan ingin meraung2 supaya semua orang tahu bahawa aq masih dalam kesedihan tidak kelihatan. Aq cuba untuk kelihatan bahagia sedangkan aq sangat memerlukan belaian kasih sayang dari dirimu ayah. Tiada lelaki yang paling istimewa bagi diriku selain dirimu ayah. Rinduu.
Sekian sahaja dari anakmu .

Sunday, 5 July 2015

raya 2015

Raya tahun ni akan jadi raya yang sangat pelik n membuat kan aq rasa down sangat2 .. Sebb ap?  Sebab ayah masih di dalam icu selama 6 minggu. .. So citer nya aq raya kat hospital tahun ni. Alang pulak maybe x lepas nak balik sbb tiket bas da habis.  So boleh x bayangkan mcm mne cara alang ckp kat along yg tiket da habis n maybe dia terpaksa beraya tanpa kitorang. Itu pun kalau tetiba mak cu nak raya ngan kitorang kat hospital baru lah alang dpt beraya ngan kitorang kat sini.  Sian alang da la x pernah berjauhan dgan kitorang..  ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢

Wednesday, 1 July 2015

serious?

 Penat nya hari ni x terkata hahahahahaa. Boleh pulak cikgu ubah mcm2 kerja kursus bm kitorang .. sabar je la. Mcm2 ragam ahli kumpulan aq ni. Nama kumpulan pun x tau n letak nama apa . Haih...

Tuesday, 30 June 2015

tingkatan 6

Sem 3 banyak gilerkerja kursus . Agak tension jgak la. Da la ayah masuk icu .dgan ibu nya kurang sihat sbb tggu ayah.along kat ipoh.alang pulak dkat pahang.org sekeliling pulak x memahami keadaan diri kita . Haih sabar je la.. da la bulan puasa ni penuh dugaan

Monday, 29 June 2015

ayah

Seorang yang sangat penyayang.. sentiasa cuba untuk memenuhi semua permintaan anaknya..seorang yang sangat bekerja keras demi memberikan kebahagiaan buat anak-anaknya.Cuba untuk kelihatan sentiasa sihat sedangkan diri sendiri sakit.cuba untuk menahan air mata dari mengalir kerana tidak mahu dilihat lemah dimata anak-anaknya.sentiasa sabar dengan kerenah anak-anaknya. Sentiasa mencari masa yang sesuai untuk membawa anak-anaknya berjalan walaupun duit hanya tinggal sedikit. apa sahaja sanggup dilakukan demi melihat anak-anak dan isteri gembira mempunyai ayah dan suami sepertinya, Kini ayah terlantar di ruang icu yang mana dia kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya . anak-anaknya serta isteri hanya mampu berdoa dan melihat di luar cermin bilik icu .menunggu ayah buka mata dan kembali sihat seperti dahulu