Friday, 20 November 2015

ku tahan kesedihan ini

Rasa macam da lama sangat aq x bkak blog ni. Selama itu la  macam2 terjadi. 20 hari bulan 7 merupakan hari yang tidak dapat dilupakan oleh kami adik beradik. Ayah akhirnya menghembuskan nafas pada jam 11 pagi. Betapa perit kurasakan. Memang la benar setiap yang hidup akan kembali ke sisi allah. Tapi aq seperti masih berada di alam mimpi mengharapkan ayah masih ada. Tapi selama empat bulan ini aq cuba untuk redha. Siapa tak sayang ayah? Orang yang sentiasa memberikan motivasi terhadap diriku dikala aq kesedihan. Perasaan ingin meraung2 supaya semua orang tahu bahawa aq masih dalam kesedihan tidak kelihatan. Aq cuba untuk kelihatan bahagia sedangkan aq sangat memerlukan belaian kasih sayang dari dirimu ayah. Tiada lelaki yang paling istimewa bagi diriku selain dirimu ayah. Rinduu.
Sekian sahaja dari anakmu .

No comments:

Post a Comment

thank for the comment