Monday, 29 June 2015
ayah
Seorang yang sangat penyayang.. sentiasa cuba untuk memenuhi semua permintaan anaknya..seorang yang sangat bekerja keras demi memberikan kebahagiaan buat anak-anaknya.Cuba untuk kelihatan sentiasa sihat sedangkan diri sendiri sakit.cuba untuk menahan air mata dari mengalir kerana tidak mahu dilihat lemah dimata anak-anaknya.sentiasa sabar dengan kerenah anak-anaknya. Sentiasa mencari masa yang sesuai untuk membawa anak-anaknya berjalan walaupun duit hanya tinggal sedikit. apa sahaja sanggup dilakukan demi melihat anak-anak dan isteri gembira mempunyai ayah dan suami sepertinya, Kini ayah terlantar di ruang icu yang mana dia kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya . anak-anaknya serta isteri hanya mampu berdoa dan melihat di luar cermin bilik icu .menunggu ayah buka mata dan kembali sihat seperti dahulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
thank for the comment